Saturday, August 13, 2011

:: Selamat Berpuasa::

Ramadan menjelang lagi dan kita adalah antara umatnya yang terpilih yang masih  diberi kesempatan untuk menikmati kebesaran ramadan. Bulan ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan dalam kalendar islam kerana bulan ini merupakan bulan ibadat orang-orang islam. Pahala akan digandakan pada bulan ini bagi sesiapa yang berpuasa dan beribadat pada bulan ramadan. keistimewaan ramadan ini pula kata para ulama ialah hantu-hantu dan yang sesuku sakat dengannya akan dibelenggu daripada membuat kekacauan pada umat manusia tidak seperti bulan sebelumnya.Dan oleh sebab itulah ramai kanak-kanak yang berani keluar pada malam hari. Nikmat pada bulan ini boleh dirasai apabila kita menjalani bulan ini dengan penuh kesedaran akan kebesaran kepada illahi.

Keistimewaan utama pada bulan ramadan yang ditunggu oleh orang-orang beriman adalah malam Lailatul Qadar, yang diumpamakan malam seribu bulan. Dan bagi sesiapa yang dipilih untuk berjumpa dengannya merupakan orang-orang yang amat bertuah sekali. Dan menurut kata-kata orang tua, permintaan akan dimakbulkan jika terjumpa dengannya pada malam Lailatul Qadar.

Kepada umat islam, ambilah iktibar dan keberkatan bulan ini umpama kita akan mati pada keesokkanya..selamat berpuasa semua.semoga Allah akan merahmati kalian...............................

No comments:

Post a Comment